Horse Power ialah definisi ke atas kerja yang mampu dilakukan pada satu jangka masa. 1 Hp bersamaan dengan tahap kerja sebanyak 33,000 Ib.ft / min (ukuran kerja berat dalam paun), jarak kaki dan masa mengikut minit 1HP = 33,000 Ib.-ft / 1 minit.Jika seseorang berjaya mengangkat berat sebanyak 33,000 paun, bergerak sepanjang 1 kaki pada jangka masa tertentu, seseorang itu berkemungkinan telah membuat satu kerja yang bersamaan dengan 1HP.
SEJARAH HP
HP diasaskan oleh James Watt pada tahun 1736. James Watt juga merupakan pencipta kepada enjin stim serta bertanggungjawab mengekalkan namanya dalam unit ukuran kuasa elektrik (Watt) dan kuasa penghasilan bunyi. Kaedah atau unit HP ini dicipta Watt bagi membantu penjualan enjin stim ciptaannya, dan sebagai ukuran untuk menilai kemampuan enjin ciptaan beliau. Enjin stim direka bertujuan menggantikan tempat yang selama ini ditugaskan kepada kuda-kuda yang juga merupakan sumber kuasa tunggal industri pada zaman itu.Seekor kuda biasa yang telah disambungkan dengan roda pemangkin yang mampu menghasilkan tenaga kerja untuk mengisar jagung ataupun memotong kayu dengan berjalan dalam bulatan berdiameter 24 kaki. Watt membuat kiraan bahawa kuda tersebut telah menarik beban dengan 180 paun beratnya, tetapi cara Watt mendapat kiraan tersebut tidak diketahui. Beliau juga telah membuat pemerhatian bahawa kuda tersebut telah membuat 144 pusingan mengelilingi bulatan dalam sejam atau 2.4 pusingan seminit. Ini bermakna kuda tersebut telah bergerak pada kelajuan 180.96 kaki per minit. Watt telah membundarkan angka tersebut kepada kiraan 181 kaki per minit dan mendarabkannya dengan beban berat 180 paun yang telah ditarik oleh kuda tersebut (181x180) dan jawapannya 32580 ft-Ibs / min 33, 000 ft-Ibs / min iaitu jumlah angka penganggaran yang kita gunakan hari ini untuk mengukur kuasa kuda.Jika dibandingkan dengan manusia, manusia yang normal dan sihat fizikal dan mental mampu menjana 0.1 HP. Walaupun standard untuk unit ukuran HP ini telah wujud hampir 200 tahun lalu, pihak pembuat dan pereka automotif telah muncul dengan idea-idea baru untuk pengukuran HP yang lebih tepat dan menepati ciri-ciri ciptaan yang baru. Pada era sekitar 60-an, pengeluar enjin dapat membuat bacaan kuasa enjin yang direka semakin meninggi tanpa komponen tambahan seperti alternator atau bendalir penyejuk.Pada era awal 70-an pula, pihak SAE (Society of Automotive Engineer) iaitu salah satu perbadanan para jurutera telah melibatkan diri dengan menentukan satu tahap standard serta prosedur ujian yang konsisten dan tepat. Antara unit ukuran HP lain yang digunakan adalah IHP (Indicate Horse Power) iaitu unit ukuran berdasarkan tahap pengeluaran kasar pada enjin tanpa dicampurkan dengan tahap geseran komponen lain seperti bearing-bearing, geseran piston, sistem transmisi serta komponen dalaman enjin yang bergerak. Unit lain yang digunakan ialah BHP (Brake Horse Power). Ianya diukur berdasarkan mesin ukuran Dyno yang seakan-akan memberi rintangan terhadap berat keseluruhan kereta dan bacaan yang diperoleh adalah kuasa yang mampu dihasilkan setelah melalui rintangan tersebut. Selain itu unit WHP (Wheel Horse Power) turut digunakan. Bacaannya diperolehi setelah kesemua rintangan diambil kira dan unit kuasa ini adalah yang muktamad pada bacaan yang diperolehi dari roda kenderaan.
No comments:
Post a Comment